HAI..SELAMAT DATANG KE BLOG NOR HAFISYAHRIL.RAJIN-RAJIN KAN LAH DIRI ANDA UNTUK BER'KOMEN'HAHA..TERIMA KASIH =] DATANG LAGI.

Thursday 24 November 2011

penulisan tahun 6

Bahasa Melayu penulisan menjadi satu subjek yang mencabar bagi murid terutama murid tahun 6 kerana memerlukan kemahiran berfikir, pengetahuan sedia ada dan pembacaan yang meluas. Dalam blog ini, saya berikan isi-isi penting bagi tajuk2 karangan berbentuk fakta. Semoga isi-isi yang diberi dapat membantu murid menulis karangan yang mempunyai isi yang sesuai.

CARA2 UTK MENJADI PELAJAR CEMERLANG
  • mempunyai serta mematuhi jadual waktu belajar
  • banyak membaca dan membuat rujukan
  • selalu membuat ulangkaji
  • banyak membuat latihan
  • menumpukan perhatian sepenuhnya ketika belajar
  • rajin bertanya jika bermasalah
  • belajar secara berkumpulan bersama rakan-rakan
  • sentiasa mempunyai sikap yang positif - rajin, tabah, bersemangat dan bersungguh-sungguh
CARA2 MENGHORMATI GURU 
  • mematuhi arahan, nasihat dan tunjuk ajar guru
  • membantu guru - membawa buku, menjaga kelas
  • memberikan tumpuan ketika guru mengajar
  • memberi penghargaan berbentuk cenderamata, kad ucapan Hari Guru, Hari Jadi dan sebagainya
  • menunjukkan akhlak yang mulia terhadap guru dengan memberi salam dan ucapan terima kasih
  • menziarahi guru.
FAEDAH/KEBAIKAN  AKTIVITI KOKURIKULUM
  • memenuhi masa lapang dengan aktiviti berfaedah
  • menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelajaran - aktiviti persatuan
  • memupuk dan membentuk nilai2 murni - kepimpinan, saling membantu, bekerjasama
  • berpeluang melanjutkan pelajaran - sekolah berasrama penuh
  • menaikkan dan mengharumkan nama sekolah
  • menjadi murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
  • menyihatkan tubuh badan - aktiviti permainan dan sukan
FAEDAH / KEBAIKAN MEMBACA
  • menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang
  • mengukuhkan kefahaman dalam sesuatu pelajaran
  • membaiki penguasaan, penggunaan bahasa - menambah kosa kata
  • mengisi masa lapang serta mengelak gejala sosial
  • mengetahui isu semasa melalui pembacaan
  • mendapat pengajaran dari cerita/berita berunsur moral

Ada banyak lagi tajuk2 yang sering keluar dalam peperiksaan...ada masa nanti saya masukkn ok.

No comments:

Post a Comment